Legasi: Tunku Abdul Rahman

  All about Tunku Abdul Rahman ʕ ᵔᴥᵔ ʔ

Biodata

Nama: Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj

Tarikh lahir: 8 Februari 1903

Tempat lahir: Istana Tia Tangga, Kedah

Tarikh meninggal dunia: 6 Disember 1990

Garis masa menuju kemerdekaan


Daya kepemimpinan Tunku Abdul Rahman? Kemerdekaan?

Politik

Rundingan Baling 1955


- Tawaran pengampunan diberikan secara beramai-ramai kepada ahli PKM.
- Tunku Abdul Rahman berani berhadap dengan pemimpin PKM untuk menjamin kepentingan rakyat PTM dalam perundingan damai.
- Tunku Abdul Rahman bersikap tegas bahawa pemberian pengampunan kepada ahli PKM dengan syarat parti PKM harus dibubar dan semua ahli PKM mesti menyerah kalah. 
- Namun begitu, walaupun Chin Peng bersetuju bahawa syarat meletakkan senjata, tetapi Chin Peng enggan membubarkan PKM dan menuntut PKM diiktiraf sebagai salah satu parti politik yang sah.
- Oleh sebab PKM enggan menerima pelan damai yang ditawarkan oleh kerajaan Perikatan, selepas Rundingan Baling tiada kata sepakat dicapai dan Rundingan Baling ini dianggap gagal.

Rundingan kemerdekaan


- Pada 1 Januari 1956, Rombongan Kemerdekaan yang di bawah pimpinan Tunku Abdul Rahman telah pergi ke Karachi,Pakistan dengan kapal laut ‘MV Asia’ dari Singapura dan kemudiannya dengan kapal terbang ke London.
- Bertujuan untuk berunding dengan pegawai-pegawai British sebagai usaha menuntut kemerdekaan Tanah Melayu.
- Perundingan berlangsung dari 18 Januari hingga 8 Februari 1956, iaitu kira-kira tiga minggu.
- Hasil rundingan: Perjanjian London telah ditandatangani antara perwakilan kerajaan Tanah Melayu iaitu TAR dengan Setiausaha Tanah Jajahan British bagi pihak kerajaan British, Alan Lennox Boyd pada 8 Februari 1956 di Lancaster House, London.
- Kerajaan British akur memberi kemerdekaan kepada Tanah Melayu dan tarikh kemerdekaan ditetapkan pada 31 Ogos  1957.
- Tunku Abdul Rahman menjadi Perdana Menteri Pertama.

Parti UMNO

Pemimpin UMNO dipindah dari Dato’Onn kepada Tunku Abdul Rahman pada 26 Ogos 1951 dan slogan ‘Hidup Melayu’ diubah kepada ‘Merdeka’ sesuai dengan perubahan matlamat perjuangan UMNO. 
- UMNO yang diterajui oleh TAR telah berpakat dengan MCA yang diterajui oleh Tun Tan Cheng Lock secara sementara dan berjaya memenangi 9 daripada 12 kerusi dalam pilihan raya Majlis Bandaran Kuala Lumpur pada tahun 1952.
- Pakatan UMNO-MCA dipraktikkan dalam Pilihan Raya Majlis Bandaran Johor Bahru dan Melaka.
- Kerjasama yang dibuat UMNO dan MCA telah membuka ruang untuk penggabungan parti perkauman yang lebih luas: Parti Perikatan.
- UMNO dan MCA telah memenangi 226 daripada 268 buah kerusi negeri dalam Pilihan Raya Negeri yang diadakan pada tahun 1954.
- Pada April 1955, Parti Perikatan diperluaskan lagi dengan kemasukan MIC.
- Pilihan Raya umum pertama bagi Majlis Undangan Persekutuan diadakan pada 27 Julai 1955. Parti Perikatan telah memenangi 51 daripada 52 buah kerusi yang dipertandingkan. 
- Parti Perikatan membentuk kerajaan yang diketuai oleh Tunku Abdul Rahman sebagai Ketua menteri.


Ekonomi

Rancangan Malaya Pertama (1956-1960) diperkenalkan.

- Tujuan: 1. Mengatasi masalah kejatuhan harga barang komoditi iaitu bijih timah dan getah.
                2. Mewujudkan lebih banyak jenis aktiviti ekonomi.
                3. Memajukan kawasan desa.
                4. Membasmi kemiskinan penduduk kawasan desa.
- Langkah: 1. Menyediakan barang awam dan barang sosial.
                       - Menjalani projek pembinaan barang awam ataupun infrastruktur.
                       - Menyediakan barang sosial.
                   2. Memperkasa peranan Lembaga Pembangunan Industri Desa (RIDA).
                       - Membasmi masalah kemiskinan penduduk desa.
                       - Menggalakkan orang Melayu melibatkan diri dalam kegiatan perdagangan.
                       - Meminjam dana kepada petani kecil yang menghadapi kesulitan dalam kewangan.
                       - Membantu petani kecil memasarkan hasil pertanian.
                   3.  Menubuhkan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA). 
                       - Membangunkan sektor luar bandar.
                       - Memaksimumkan hasil pertanian negara.
                       - Membuka tanah baharu secara besar-besaran untuk aktiviti pertanian.
          
                
Sosial

Memelihara kedudukan istimewa orang Melayu
UMNO menjadi wadah perjuangan utama orang Melayu.
- Slogan berubah dari “Hidup Melayu” kepada “Merdeka”.
- Bersuara dan menuntut agar pihak British membuat penyelidikan segera terhadap para tahanan itu & orang2 yg tidak bersalah pada zaman darurat.
- Organisasi Kebajikan Orang-orang Tahanan telah didirikan.

Memupuk perpaduan kaum

- Sedar bahawa semua etnik perlu bersatu padu barulah dapat mengelakkan daripada perpecahan.
- Menjadi Ketua Persatuan Melayu Great Inggeris yang bertujuan untuk mengatasi masalah hubugan etnik yang menjadi masalah utama dalam politik Tanah Melayu.
- Berusaha memberi nasihat kepada mahasiswa Melayu agar berbaik-baik dengan mahasiswa Cina.
- Mengadakan pertemuan semua mahasiswa Malaya di Inggeris.
- Mewujudkan sebuah Parti Perikatan pada pertengahan tahun 1954. (UMNO + MCA)
- MIC menyertai Parti Perikatan pada akhir tahun 1954.
- Dalam pilihan raya Majlis Perundangan Persekutuan, Parti Perikatan berjaya memenangi 51 buah Kerusi.

Rumusan

Jelas terbukti bahawa Tunku Abdul Rahman merupakan seorang insan yang humanis. Beliau sentiasa bersedia untuk memberi bantuan kepada sesiapa sahaja tanpa mengira bangsa, agama dan negara. Jasa dan usaha beliau yang tidak kenal putus asa akan sentiasa dikenangi oleh semua rakyat Malaysia selama-lamanya.





Comments